Home STORY SANTAI MYSELF VACATION
Showing posts with label Road to be wife. Show all posts
Showing posts with label Road to be wife. Show all posts

Monday, July 20, 2015

Fasa 2 : F I A *11 days left

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan update sikit before wedding kita. Fuh debar rasa nk sampaikan,
01.08.2015. Date will be remembered forever. InsyaAllah.

Moga Allah beri fizikal & minda dikuatkan pada hari itu.
Dipermudahkan segalanya.
Dilancarkan setiap perkara.
Dilancarkan lisan.
Dijauhkan majlis kita daripada segala yang tidak diingini.

Moga Allah redha.
Moga Allah lancarkan setiap pertuturan juga perbuatan kita dan kesemua ahli keluarga.
Termasuk bakal suami.

Hati sememangnya berat untuk perkara sebesar ini di dalam hidup.
Semoga terus dalam perlindungan Allah hubungan ini.
Dengan restu semua.
Mama, ayah, ibu, aya, juga adik2 tetap dalam hati ini selamanya.

Perwatakan yang nampaknya matang, ketinggian yang nampaknya matang,
tapi tetap masih kecil di mata mama juga ayah.
Tidak akan aku lupa jasa mereka.
Tidak sama sekali.
Moga bakal suami faham, bakal isteri terlalu anak ayah mama.


Jasa mama pada kita tak dapat daku ungkapkan, tidak sama sekali.
Perbezaan pendapat sememangnya selalu.
Percayalah ma, InsyaAllah kakak akan ingat setiap nasihat mama.


Allah kuatkan daku.
Allah maafkan salah silap keluargaku.
Maafkan salah silapku.

Tidak apa diminta melainkan kelancaran majlis ini.
Hina terlalu hina dimataMU ya Rabb.
Moga DIKAU redha. Juga mudahkan.. Amin..

                                           
Counting for 01.08.2015. Bismillah.. :')


*terus permudahkan mama ayah*Amin..

Sunday, June 14, 2015

Bermulalah Fasa 1 : F & A

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah yang dapat Joyah ungkapkan setakat hari ini. Allah permudahkan dari semua segi. :')

PERSIAPAN 

1. Pelamin
2. Photographer
3. Hantaran
4. Baju Nikah
5. Goodies kawan-kawan & tetamu
6. Baju family & friend
7. Makanan untuk tetamu
8. Bilik tidur 
9. Bunga pahar
10. Homestay
11. Photobooth
12. Kad jemputan 

Serba sedikit persiapan juga list besar yang Joyah buat. Bukan ape, hanya sekadar untuk kenangan bila tua nanti. Moga dengan list ni juga dapat bantu orang lain buat persiapan perkahwinan. Ini ada lah serba sedikit juga serba sederhana yang Joyah sediakan untuk Majlis Joyah nanti. InsyaAllah.

Syukur, walaupun banyak duit yang nak digunakan tetapi, rezeki nak mendirikan masjid ni Allah sentiasa akan bantu. Jangan la kita mengeluh. InsyaAllah ada, Allah dah janjikan. 

Setakat ni masih dalam proses mengemas rumah. Alhamdulillah yg lain semua 80% dah tinggal rumah sahaja. Bukan ape pentingnya list sebegini untuk mengelakkan tertinggal itu ini. Ini just Joyah preparation, because i'm to careless hoi ! :)

Mudah mudahan terus dipermudahkan oleh ALLAH untuk niat yang baik ini. Percayalah adanya ujian di saat-saat menggapai niat yang baik tersangatlah berat ujian yang akan datang dalam pelbai bentuk. Takpe keep cool, steady and pray. InsyaAllah akan terus diberikan kekuatan.

Diharapkan kesihatan yang baik untuk Joyah sendiri juga mama ayah & adik-adik Joyah yang banyak membantu. Aminn. 

Moga Allah Redha. Moga Allah sentiasa membantu. Moga kelancaran majlis nanti dipermudahkan. Amin.. Amin..

Ramadhan semakin hampir. Moga barakah ramadhan lebih Allah titipkan kemudahan :')


                                                                                                                              F & A  2008 - 2015