Assalamualaikum.
Aku rasa macam nk share something dekat sini. Aku nak cerita sikit bertapa besarnya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Tak kira siapa pun kita. Cuma kita sedar ataupun tak je.
Habis je degree aku dah memikirkan nk kerja apa lah aku. Tak sampai sebulan dekat rumah aku dapat interview kat Putrajaya, office lama aku. Nak dijadikan cerita. Aku dapat kerja tu. Memang aku nak sangat.
Selang beberapa hari aku pun pergi interview UTHM nak dijadikan cerita juga rezeki yang Allah bg aku diterima kerja jugak.
ALLAH. Benda paling sukar aku kena buat pilihan. Antara aku kerja bahagian event ataupun aku buat kerja yang bukan aku mahir.
Sekali lagi kena istikharah membuat sesuatu. Sangat sukar membuat keputusan.
Atas nasihat mama ayah juga saudara mara, aku terima tawaran dekat UTHM ni. Memikirkan kos hidup kat KL yang sebitu. Walaupun gaji disana mahal RM200++ sikit dr gaji sekarang. Tak apa. Aku mula positifkan diri. Lama lama aku mesti suka akan kerja yang aku tidak berapa mahir.
ALLAH kan adil. ALLAH kan Maha pemurah. Dari aku tak tahu system. Dari aku tak tahu buat pakej. Dari aku tak tahu itu ini. Alhamdulillah sekarang. Aku boleh buat dengan jayanya. "Not to be proud just a little bit appreciation on what ALLAH gives to me". Allah never leave me. He guide me always.
Walaupun pada mulanya aku rasa nak menangis buat system akhirnya! Hanya Alhamdulillah yang tidak henti aku ucap selepas semua delegate dapat datang kesini hasil daripada kerja aku.
Rupanya bila disini juga aku pun berpeluang juga buat event, masa majlis Konvo budak budak Pra Diploma berpeluang jugak aku join mereka juga dapat jugak aku jadi dulang girl, walaupun dulang girl Naib Canselor tegur pun kira happy sangat dah. Bagi orang seperti aku la. Bukan gilarkan nama cuup sekadar senyuman aku dibalas.. Ececece hahahha
Selain tu, aku juga bersyukur sangat dapat juga join delegate yang datang drpd Morrocco, Laos, Timor Leste, Fiji, Vietnam dan lain lain.
Berpeluang bercakap juga share pendapat dengan mereka memang sangatkan menarik. Mungkin ada sebab kenapa Allah beri kita kemudahan juga kelancaran dalam petuturan sekarang. Mungkin dahulunya orang anggap kita seperti teruk sangat tak tahu speaking, Now i proud to be myself! :) God gifted !
Aku juga berpeluang bersama student Thailand yang tak tahu speaking sepatah haram, terpaksa la explain satu satu. Lebih lebih lagi kena explain tempat yang aku kurang mahir di Singapura. Terkial kial juga aku. Tapi Alhamdulillah aku boleh juga sebenarnya. Pengalaman paling best aku rasa ! Walaupun dulu cita cita nk sangat jd pensyarah tapi tak dapat hihi Ini rupanya kelebihan yang aku dapat sekarang kurniaan dariNYA.
Biar apa kata orang, gaji kecil la apa la. Tak mewah duduk kampung. Gaji kecik aku mampu tanggung mak bapak aku ? Gaji kecik aku mampu bagi adik adik aku ? Gaji kecik aku tak payah menyewa? Gaji kecik aku mampu beli itu ini? Dari gaji kecik aku menyusahkan mak bapak macam kau ? eh ? hahahaha Takakn gaji kecik sampai bila2? Takkan tak happy duduk dengan family sendiri kot ? Tak kan tak happy merasa masakkan mak sentiasa ? Kau hado ? haha
Bukan bongkak tetapi kan kadang kadang manusia yang fikir dirinya bagus dengan berbicara hebat dalam berbahasa inggeris katanya, yang memandang kita ni serba tak tahu apa apa. Mereka silap. Mungkin mereka fikir kita diam kita lemah. Tidak kita diam sebab kita ada akal yang baik untuk berfikir dari mereka yang hanya tahu mencari kesalahan orang tidak henti juga mencerita aibnya orang tidak henti.
ALLAH itu Maha mendengar, Maha melihat, Maha mengetahui. Ada dengan kita sentiasa. Jadi tak perlu rasanya khuatir dengan apa yang orang nak lihat kita. Kita jadi diri kita. Orang yang selalu begitu sebenarnya mereka tak dapat jadi macam kita sebab tu mereka berbunyi hihi
Jika ada rezeki, lagi banyak tempat menarik boleh aku pergi. InsyaAllah.
Terima kasih Ya Karim memberikan aku bos yang sangat supportive :)
Ok dah habis menceloteh.
Pen off. Hee
No comments:
Post a Comment