Home STORY SANTAI MYSELF VACATION
Showing posts with label agama aku.. Show all posts
Showing posts with label agama aku.. Show all posts

Monday, November 4, 2013

Hijri 1435

Assalamualaikum kawan-kawan semua.

Pejam celik pejam celik dah lama rupanya disini.
Rasa baru je baca doa awal and akhir tahun dengan kawan-kawan tahun lepas, dah masuk tahun baru. Alhamdulillah..

Ya Rabbi aku mohon padaMU moga dipermudahkan semuanya,
Diberikan kekuatan,
Diberikan kesungguhan dalam lebih mendekatkan diri padaMU,
sesungguhnya aku ini hambaMU yang sering ingkar juga lalai dengan perintahMU.



Salam Maal Hijrah 1435

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432 Masihi

             Pejam celik je dah masuk tahun 2011 bersamaan 1432 Masihi. Hari kelahiran kekasih Allah Rasuluallah S.A.W. Aku ada terbaca satu buku ni berkenaan dengan rasuluallah.  Aku sangat tersentuh apabila membacanya akan aku cuba laksanakanya walaupun aku ni sering alpa. insyaallah. Tak semua manusia dalam dunia ni sempurna, dan cuba menjadi yang lebih baik adalah sesuatu yang sempurna. Secara tak langsung dapat muhasabah diri sendiri dengan pesanan Rasuluallah sebelum baginda wafat didalam khutbah terakhirnya, mari renungkan kawan - kawan. Cakap banyak tak guna. Laksanakannya adalah amalan paling berguna. insyaallah :)

"Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

ALLAH Dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan"
   
 
               Inilah pesanan Baginda sebelum wafat. tersentuh kan ? moga dapat dijaga serta laksanakan pesanan Baginda dgn ikhlas insyaallah semuanya diberkati.

'SALAM MAULIDUR RASUL '

 p/s : kawan- kawan janganlah mentertawakan aku sekiranya aku membuat entry sebegini. ini adalah ingatan kepada diri aku dan juga kalian. pesanan dalam khutbah terakhir nabi,tidak salah untuk dikongsikan bersama. moga kita sentiasa dalam lindunganNya :)

Friday, August 27, 2010

malam ini

Happy Celebrating Nuzul Al-Quran and Lailatul Qadar!
 17 Ramadhan 1431:)
 

mOga kita dapat perbanyakan lagi amalan di bulan mulia ini.
insyaallah.
when words of Al-Quran were first brought forward to mankind via Prophet Muhammad.

Friday, August 6, 2010

Ketibaan Dinantikan

Setelah selesai mengharungi liku2 rejab,

muncul pula sya'aban yang masih bersaki,

dan ALLAH datangkan pula ramadhan yang menanti.

mOhla kita hayati bulan yang bakal tiba.


why ? because...
kita tidak tahu sempat lagi ke kita berjumpa dengan ramadhan yang seterusnya :)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431 HIJRIAH

 diri semestinya tidak sempurna dan sememangnya belum cukup sempurna 
dan mOga ramadhan ini merubah kekurangan  itu. insyaallah

Monday, June 14, 2010

1 REJAB

Senyum 2 kan sedekah.

mari kite senyum...








selamat menyambut bulan REJAB  :)

Tuesday, June 1, 2010

Ya ALLAH

KAU yang menghidupkan dan KAU jugalah yang mematikan. 

selamatkan lah kami daripada kafir laknatuAllah.

yaAllah sudah lebih dari 1200 Palestina gugur syahid, lebih dari separohnya dari kalangan

anak-anak, wanita dan orang lanjut usia. Sementara jumlah korban yang terluka mencapai lebih dari 5300 jiwa.


 yaAllah selamatkan la mereka :'(

kami tidak sanggup melihat umat sama seperti kami  menderita yaAllah.

kerana perbuatan kafir yang KAU laknat yaAllah .

jika mereka meninggal dunia.

tempatkanlah mereka di kalangan para syuhada yaAllah.

aku bermOhOn padaMu yaAllah..

hanya dOa yang dapat aku kirimkan buat mereka..\

mudah mudahan KAU kabulkan rintihan hambaMu ini yaAllah..



daku tidak sanggup melihat mereka menderita




SubhanaAllah.. selamatkan la umat islam di muka bumi ini daripada kafir laknatuAllah..






amin......

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah (Awal Muharram) or Islamic New Year ♥


alhamdulilah...

finally akhr tahun sudah.

many thing happen in tiS year.

sad, happy, worry, n sO on

same2la kite bsyukur kehadrat ilahi diatas kurniaan yg diberikan keatas kite..

xsemua perkara yg kite lakukan sempurna,

ada kalanye gagal,,

ttpi jgnla kite sesekali putus ase dGn ape yg berlaku..

pasti ade himah disebaliknye...

ALLAH sygkan kite sbb itulah DIA mnguji kite..

kite sbgai hambanye jgnla mngalah dan truslah berusaha

semuanya krana ALLAH s.w.t

insyaALLAH kite akn perOleh keberkatan..

:)
:)
:)

tidak lupa juge,,,

Muslims do not traditionally “celebrate” the beginning of a new year, but we do acknowledge the passing of time, and take time to reflect on our own mortality.

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM ♥♥