Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum.
Syukur kehadrat Ilahi. Hari ni nak share moment paling bahagia sepanjang remaja ni hihi
31.8.2014 tarikh yang bermakna sangat bagi aku. Tak ada pun nak rancang pilih tarikh merdeka ni. Cuma tarikh ni kebetulan semua orang freee :)
Lets start persiapan untuk tunang.
Guest : Around 200 people termasuk Family, friend, ayah mama friend juga yasinan lelaki perempuan.
1. Hantaran
Cerita pasal hantaran ni kan. Benda paling aku blur sangat rasa sebab aku tak tahu nak beli ape. Nasib baiklah En Tunang sangat la simple orangnya. Dia kata beli barang yang boleh dia bawak pergi sekolah. Dan terhasil lah hantaran yang sangat simple dari aku.
Bekas hantaran pun semua sepupu bagi pinjam and nenek angkat tolong cantikkan yang mana tak ok aku buat. Syukur sangat ramai yang nk sponser kek semua.
- Baju melayu kurung Johor
- Sireh junjung
- Cupcake
- Al-Quran
- Tie, Stokin and handkerchief
- Bunga drpd asam warna warni
- Bie Pang
Tiba - tiba hantaran jadi banyak tau sebab makcik makcik kakak sedara banyak sponser. Syukur Alhamdulillah. Kiranya aku beli itu ini untuk hantaran tak sampai RM100 pun. Jimat sangat. Sebab rezeki murah sangat ramai sudi beri :)
2. Mini pelamin
Mini pelamin ni mulanya tak nak buat pun tapi memandangkan mama exited nak buat so layankan. Seminggu sebelum tunang tu hari Ahad, aku balik kerja je dah siap mini pelamin yang sngat cantik dan simple. Adik aku yang kecik tukang panjat tangga menukul itu ini. Terima kasih adik ! :)
DIY jugala mini pelamin ni bila aku tertarik sangat dengan ball colourful dekat kedai hantaran ni. So aku belila pelbagai color. Aku ambil dalam enam macam tu dari kecil sampailah yang besar. Aku letak dekat keliling aku. Nampak cute pulak bila kita letak je walaupun pada mulanya tak tahu where to put. heee
Barang untuk mini pelamin ni memang tak ade ape pun semua nenek angkat yang fully sponsored design semua mama and nenek angkat aku plus mama ade juga pinjam barang kawan mama sikit.
Ni la hasilnya. So cute.
Thank you so much mama :')
3. Baju untuk tunang
Aku ni sebenarnya sangat cerewet bila pilih baju. So, nak dijadikan cerita dekat 3 pasang baju juga tak berkenan. Last baju before yang akan dijadikan baju tunang ni warna hijau. Semua yang berdekatan aku, aku minta pendapat warna apa lawa. At last baju hijau ni aku buat hantaran bagi pihak lelaki bagi kat aku. So jimat uollsss! :)
Then fikir pulak pasal baju masu tunang ni. Nak dijadikan cerita aku minat sangat satu design baju Jovian Mandagee ni. Penah kata dalam hati "one day aku mesti dapatkan baju ni". Allah dengar doa aku. Ade akk ni nak jual baju ni baru lagi and belum buka tag harga lagi. Harganya memang mahal kus semangat aku boleh bayar ASB aku bulan tu. hihi Tapi ini dinamakan rezeki. Kakak tu jual harga murah sangat bawah RM150. Apa lagi aku terus agree nak baju tu dengan pantas. Yeaaaa. Baju yang sangat cute ! Actually aku tak suka warnanya yang agak kusam tapi sebab aku terlalu suka dengan degin tu aku ketepikan rasa hati yang tak suka warna kusam. Hihi.
Untuk tudung aku beli dengan kawan aku, dia memang jual shawal. Shawl dia sangat besar dan sejuk je bila pakai dalam RM30 je. Serius sangat jimat. Alhamdilillah sekali lagi. Settled Eday punya baju. Legaaa rasa.
4. Makanan
Untuk makanan masa aku tunang mama masak sendiri bersama adik beradik mama dengan bantuan ayah juga adik adik aku sendiri. Mama masak lontong, Laksa yang sangat sedap juga nasi ambeng. Pilihan sangat banyak.. Dengan bantuan pakcik makcik aku yang sangat ringan tulang so tak payahla ambil catering. Dekat RM400 je aku hulur bagi mama beli apa yang patut. Yang lain semua fully sponsored by mama ayah. Thank you mama ayah ! :')
5. Doorgift
Lawak bila fikir pasal doorgift. Aku siap bagi tahu dekat kawan kawan aku yang mana datang aku memang tak ade sediakan doorgift macam orang lain pun. Tapi rupanya dalam diam adik bujang aku dah sponser air kotak RM300++ tak silap aku. Mama pun sama beli juga air kotak lagi untuk jemputan yang datang plus yasinan perempuan juga lelaki.
Beg untuk doorgift sponsered by sepupu aku, Pika. Tq Pika ! Tapi ade juga tak cukup lagi 100 beg so aku beli la sikit lagi dalam RM30++ macam tu. Itu pn dah bersyukur sangat sepupu aku bagi beg doorgift, banyak juga. Dapat juga aku biat doorgift untuk kawan-kawan yang datang dari pada mulanya tak ada bagi ape-ape kat kawan - kawan yang datang. hee. Syukurrrr :')
6. Bridesmaid
Sebenarnya aku tak rancang ape pun untuk bridesmaid aku. Aku just bagi tahu lina, Jima and Wani pakai baju peach tak pun oren. Then aku teringin sangat nak kawan aku pakai bunga atas kepala. So, aku pun belikan la dalam 6 macam tu bunga atas kepala tu. Each dalam RM10 satu. Anad untuk adik aku pun aku belikan juga tapi kawan dia yang buat. RM10 juga macam tu. So total aku habis untuk bunga kepala tu dalam RM70 la. Bunga tu habis je majlis aku bagi kat kawan sorang satu. Lina, Jima, Wani, Syuhadah ang Fatin. Satu lagi aku simpan. Heeee :)
7. Solek
Tang solek menyolek ni aku mula - mula ingat nak ambil orang tolong make up. Tapi fikir balik macam membazir walaupan harga dia bagi sangat murah bawah RM100. Fikir-fikir balik aku pun banyak barang make up yang jarang digunakkan and aku rasa aku boleh make up sendiri.
Tapi aku macam tetiba tak confident dengan diri sendiri nak conteng muka sendiri.,Hee Aku pun mintak tolong Syuhadah make up kan, dia pun kata ok naktolong make up kan aku. Aku rasa aku takde beli apa pun untuk make up punya barang cuma aku beli Crayolan RM10 je pun. Foundation Crayolan memamng sangat bagus and superb ! Muka jadi cantik flawless gituuuu.
Syuhadah pun make up kan la aku. Sebelum the real day on my Eday Syuhadah dah dua kali make up kan aku supada dia tak nebes masa make upkan aku on my real Eday nanti hihi
Cantik juga simple Syuhadah make up kan. Semua barang guna barang aku and pluas ade barang dia sikit.
Thank you adah and kak fatin !
Aku nasihatkan kat korang, jika boleh make up sendiri ataupun di kalangan saudara mara yang pandai make up yang simple dan kemas, korang tak payahla bayar mahal untuk make up ye. Ni sajela bagi pendapat aku sendiri :)
8. Baju untuk Mr Fiance
Baju untuk Sir mula-mula aku beli color seakan akan dengan baju aku tapi sebab baju tu lengan pendek so kami rasa tak proper so Sir recyle la baju lengan panjang dia color grey. Btw, you look charm dear ! I like ! :) Kesian Sir dua hari before kami tunanag dia kena hantar student dia tournament bola. Apa lagi kesian Sir muka dia gelap secara tidak langsung. hihi takpela Sir gelap pun saya sayang. Gituuuu heeeee
9. Photographer
Cadangan untuk photographer macam -macam perancangan aku mula-mula. At last semua tak jadi. Penyudahnya guna kawan aku Aimy Ziton yang aku tempah khas dia ambik gambar aku hihi Tak kisah la janji ade gambar. Lagi pun daripada kamera DSLR adik aku tu duduk diam baik kawan aku tu jadi photographer aku hihi Tq Emi !! :)
31.8.2014 a day to remember.
InsyaAllah next step will be create. Amin. May Allah ease us Sir.
Thank you family :')

