Home STORY SANTAI MYSELF VACATION

Thursday, August 18, 2011

Sedang aku bersendirian memikirkan apa yang berlaku ada yang lebih memerlukan

Sayunya hati apabila melihat mereka meminta,
Sayunya hati apabila melihat mereka menangis kelaparan,
Sayunya hati melihat mereka kesejukan,
Sayunya hati apabila melihat mereka meminta diberikan makanan,
Sayunya hati apabila melihat pakaian mereka yang compang-camping,
Sayunya hati apabila melihat mereka tidur tanpa katil yang enak seperti kita,
Sayunya hati apabila melihat mereka mengaduh kesakitan,

Dan ia lebih sedih apabila aku tidak dapat membantu mereka,

Apakan dayaku untuk membantu kesemua mereka, hanya yang aku mampu hulurkan bantuan yang tidak seberapa, aku harap ia dapat membantu walaupun ianya tidak seberapa,

Sedarlah duhai diri ini sesungguhnya bersedekah itu mulia tetapi apakan daya aku seorang manusia biasa yang sering kali lalai dalam melaksanakan semua ini,

Mereka memerlukan kita untuk mendapat sesuap nasi untuk mengisi perut yang sememangnya layak untuk kenyang seperti kita, kita gembira kenyang dan mereka sedih kelaparan,

Janganlah kita selalu lupa dengan orang yang sering memerlukan bantuan,
Ingatlah sekali kita membantu orang lain dua kali ganda kita akan dapat balasan yang lebih baik dari apa yang kita lakukan. Insyaallah.

Moga kita bersama-sama mendapat kebaikan dari apa yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah ta’ala. Amin  :’)

No comments: